Petikan diambil dari akhbar Harian Metro Jumaat, 11 Jun 2010..Ulasan dari Ust. Mohd Zawawi Yusoh.
  • Berasa was-was ketika lakukan takbiratul ihram
Ibnu Qayyim berkata, " Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was salam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuatkan mereka terseksa.
  • Tdak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, " Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah". Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib."

"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepasan Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu daripadaku". (Hadis Riwayat Muslim)
  • Lupa jumlah rakaat
Syaitan suka kacau umat islam solat sehingga kita terlupa rakaat..Perkara ni pernah berlaku pada diri sendiri dan dipercayai berlaku juga pada kita umat islam yg khilaf ini..Jika situasi ini berlaku, maka hendaklah kita melakukan sujud sahwi (sujud dua kali) sebelum memberi salam.
  • Hadir pemikiran yang memalingkan tumpuan dalam solat
  • Tergesa-gesa menyudahkan solat
Sifat tergesa-gesa itu sendiri bukan lah dari ciri-ciri yang diamalkan oleh umat islam..Dalam kehidupan islam seharusnya perkara yang dilaksanakan adalah dalam keadaan tenang, berhati-hati dan santun. Solat dalam keadaan tergesa-gesa akan dikhuatiri tidak sah solatnya. Ini merujuk kepada kisah Nabi s.a.w..

Pada zaman Rasulullah ada orang solat dalam keadaan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya solat semula kerana solatnya belum sah.
  • Melakukan gerakan yang tidak perlu
  • Melihat ke kiri dan ke kanan
Sedar atau tidak perkara ini berlaku dimana-mana sahaja..asal ada orang lalu atau barang jatuh, mata kita akan peka pada objek2 tersebut (bergerak). Untuk mendapat fokus dalam solat, kita hendaklah memusatkan pandangan kita pada tempat sujud sehingga kita tidak dapat diganggu dengan syaitan ini. Apabila kita terpengaruh dengan gangguan syaitan ini bermakna syaitan telah berjaya mencuri dalam solat kita.
  • Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud, "Menguap ketika solat itu itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap,tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani)

Dalam riwayat lain, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Bersin berulang kali
Bersin didalam solat itu tidak disenangi Allah manakala bersin diluar solat tetap disenangi Allah. Bersin dalam solat berulang kali adalah berpunca daripada syaitan yang ingin mengganggu kekhusyukkan solat seseorang.
  • Terasa ingain buang angin atau buang air (berhadas)