Hari-hari berjalan ke pejabat, mesti jumpe kucing dan anjing. Orang kata anjing dan kucing tak boleh berjumpa. Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tapi, kali ni kita nak tengok the positive side of cats and dogs.
  • comel
Tidak dapat dinafikan bahawa kucing dan anjing memiliki asset tersendiri. Golongan ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melepasi dirinya. Hebat kan? Tulah kuasa Maha Pencipta. Semua yang dicipta mempunyai kelebihan dan kecantikan yang sangat tersendiri.Tapi ada pulak manusia yang selalu merungut tentang diri dia..sangat la tak bagus ye rakan2 sekalian..Kalo awak merungut sebab gemuk, tapi sbnarnya awak tu keding, tolong la jangan merungut sangat. Atau sebenarnya awak hanya mahu pujian bila orang lain akan cakap "mane ade gemuk, kau kurus lah.." Aiseh..so please fren, don't do that. Kalau betul awak tu gemuk/berisi, jangan la merungut je tanpa usaha. Ni niat tanpa usaha mana nak jalan..move~!
  • penyayang
Haiwan ini juga terkenal dengan sifat penyanyang dan sangat disayangi oleh manusia. Kan bagus kalau setiap manusia mempunyai sifat terpuji ni..Makin hari makin banyak pula kes buang bayi..Na'uzubillah minta di jauhkan dari belaku dikalangan keluarga dan sahabat sekalian. Ok, back to the topic. Nak dijadikan cerita, haiwan ni sangat pandai mempamerkan emosi mereka. Tak percaya? Betul..tak tipu punya. Masa Puteh jalan kaki balik kerja kan, one of my neighbour ( rumah bawah skali kat apartment tu) kat D'Rimba tu bela anjing (jiran sebelah kiri) and jiran sebelah kanan bela kucing (tapi skrg kucing tu dah xde,owner die anta pergi mana ntah). So memang hari-hari la Puteh tengok muka anjing ngan kucing tu..So adorable...Cute sgt..skrg ni anjing tu, tiap2 kali Puteh balik kerja, dia akan tinjau dari sliding door rumah (sbb die dok dlm rumah je maybe faktor najis mughallazah or kecurian). Kadang-kadang nmpak dia berlari ke sliding door berlangsir tu nak tengok sape yang lalu...comel nya~~~
  • setia
Haiwan ni juga sangat setia sampai ada org yang buang kucing or anjing kat tempat yang jauh, dorg stil dapat cari jalan pulang. Tak macam budak hingusan kat Malaysia ni yang suka lari dari rumah tanpa ada orang buang, then tak reti nak balik rumah sendiri sampai menyusahkan banyak pihak. Sampai ahli keluarga sakit mengenangkan diri dia. Sangat tak bersyukur bila ada ibu dan bapa. Kalau la ditakdirkan masa dia melarikan diri tu, ibu atau bapa atau ahli keluarga dia meninggal dunia (mati), jadi anak derhaka la jawabnya..Na'uzubillah..
  • pembersih
Perassan tak kucing suka jilat2? Tu makna nya die mandi atau membersihkan diri. Anjing.. Puteh tak perasan pulak macam mana.Mengikut teori 'Bila panas, berpelu.Bila berpeluh, suhu badan akan menurun (sejuk)'. Ha, ape lagi praktik la...Kucing pon pandai jaga kebersihan. Ni pulak manusia yang berakal. Jangan jadikan alasan kerja tak siap nanti untuk tidak mandi. Hamis OK!~ Lalu sebelah pon boleh bau..Serious tak tipu. Apa pulak bila kita menghadap Maha Pengasih lagi Penyanyang..Tak kan la nak busuk2 kot..mandi2...kucing pon pandai mandi dan jaga kebersihan..kucing pon pandai bersihkan kuku tau..Manusia pulak tetiba jadi tak pandai potong kuku..Apa Kes? clipper tak da ke dik...beli lah..RM 2 je kot...