hitam legam coretan arang,
putih bersih selembar benang,
hijau nyiur melambai-lambai,
biru tenang di dasar lautan,
merah panas terik mentari,
kuning cerah pancaran rembulan,
namun,
kita manusia alpa ciptaan Tuhan,
merobek sekalian alam,
ke mana hilang sifat ehsan?
ke mana hilang peri kemanusian?
sedarkah kita bicara peta?
sedarkah kita tangis belantara?
kita hanya rakus; rakus pada pembangunan,
sedarlah bahawa kita utusan Tuhan...
0 comments:
Post a Comment